Wednesday, 20 March 2013

Baka Arnab Terbaru


Pelbagai jenis arnab baru telah kami hasilkan dengan pelbagai jenis campuran antara jenis anggora, holland lop, rex dan english spot.

Antara jenis arnab kacukan terbaru...

Anggora Mix Holland Lop 

Anggora Mix Holland Lop - Angora Rabbit + Holland Lop Rabbit

Umur: 5 bulan
Harga: RM 200 sepasang


Mini Rabbit Mix Dwaft Hotot

Dwarf Hotot Rabbits

Umur: 3 Bulan
Harga: RM 100 sepasang

American Mix Silver Fox
Himalayan Rabbit

Umur: 3 Bulan
Harga: RM 100 seekor

Monday, 11 March 2013

Anak Arnab Baru Untuk Dijual

Ada beberapa arnab baru yang kami dapat dari breeder untuk dijual.. Baka arnab anggora jenis dwaft ini baru sahaja berumur 2 bulan

Page baru Facebook Arnab Rbt

Assamualaikum.. entry kali ini kami ingin memperkenalkan page facebook kami yang baru. Dengan adanya page ini kami berharap perniagaan kami akan terus maju seterusnya dapat mengumpul ramai rakan-rakan peminat haiwan kesayangan .:)


http://www.facebook.com/pages/RBT-Rabbitstore



| DIJEMPUT LIKE FACEBOOK PAGI KAMI |

SUSU UNTUK ARNAB ANDA

Anak arnab sedang disusukan ibunya

 Ada beberapa senario di mana anda perlu menyusukan anak arnab. Anak arnab kematian ibunya. Kelahiran melebihi 6 ekor. Kemungkinan terjadi susu tidak mencukupi. Anak arnab mengalami kesukaran menghisap susu. Ibu arnab tidak mahu menyusukan anaknya. Sebelum anda membuat keputusan menyusukan anak arnab, anda perlu tahu bahawa susu arnab sangat tinggi nutrisinya dan tidak boleh diganti dengan susu lembu. Susu yang hampir setanding dengan susu arnab adalah susu kambing. Ya, anda boleh susukan anak arnab anda dengan susu kambing segar. Apakah peluang arnab untuk hidup jika bergantung sepenuhnya dengan susu formula atau susu kambing segar? Jika anak arnab yang anda susukan berusia kurang 2 minggu, peluang untuk ia hidup hanyalah sekitar 10% sahaja. Iaitu untuk setiap 10 ekor, hanya seekor sahaja yang akan hidup. Jika arnab berusia lebih 2 minggu (telah buka mata) peluang untuk terus hidup sekitar 80%. Bertindak atau biarkan sahaja anak arnab anda itu mati.... Berdasarkan pengalaman kami dan nasihat daripada veterinar, kami telah memilih susu formula terbaik (paling sesuai) untuk arnab anda. Mudah-mudahan 1 daripada 10 arnab yang hidup itu berkat dari usaha anda. Insyallah..... RM2.50/10gram (re-pack)

Monday, 18 February 2013

PENYAKIT-PENYAKIT ARNAB


Penyakit2 arnab berpunca daripada:

  • Jangkitan Virus
  • Jangkitan Bakteria
  • Jangkitan Parasit
  • Penyakit Bukan Infeksi


JANGKITAN VIRUS


* Infectious myxomatosis
* Shope fibroma
* Papillomatosis
* Rabbitpox

INFECTIOUS MYXOMATOSIS

o Penyebab Myxoma virus
o Jangkitan melalui gigitan nyamuk dan sentuhan
o Terjadi pada musim nyamuk membiak
o Tanda klinikal: Conjunctivitis Anorexia
Edema pada hidung, bibir dan mata
Euthanasia

SHOPE FIBROMA

* Penyebab Fibroma virus
* Bawaan vektor (serangga)
* Tumor pada kaki dan tapak kaki
* Berbulan-bulan sebelum hilang sendiri

PAPILLOMATOSIS

* Penyebab 1) papovavirus
* Nodule berwarna kelabu putih bawah lidah dan lantai mulut
* Penyebab 2) Shope papiloma virus
* Ketuat di leher, telinga, bahu dan perut
* Pencegahan dengan vaksin

RABBITPOX

* Penyebab vaccinia virus
* Acute
* Demam, nasal dan conjunctival discharge
* Ruam pada kulit
* Kematian tinggi

JANGKITAN BAKTERIA


* Pasteurellosis
* Yersiniosis
* Listeriosis
* Staphylococcosis
* Mastitis
* Pneumonia
* Enterotoxaemia
* Mucoid enteropathy
* Tyzzer’s disease
* Salmonellosis
* Conjunctivitis

PASTEURELLOSIS

* Kesan:
+ Abscess
+ Snuffles
+ Genital infection
* Penyebab Pasteurella multocida
* Berlaku bila stress
* Antibiotik berkesan hanya sementara
* Singkir arnab berpenyakit

YERSINIOSIS

* Penyebab Yersinia pseudotuberculosis
* Pembentukan nodules di hati, paru-paru, limpa dan usus
* Jangkitan melalui pencemaran
* Bersifat kronik
* Penggunaan disinfektan

LISTERIOSIS

* Penyebab Listeria monocytogenes
* Kematian dan keguguran dalam masa singkat
* Pinpoint foci pada hati,limpa dan uterus
* Penggunaan antibiotik dan disinfektan

STAPHYLOCOCCOSIS

* Penyebab Staphylococcus aureus
* Septicaemia dan kematian anak dalam sarang
* Suppurative inflammation pada kulit dan kelenjar susu (dewasa)
* Jangkitan melalui aerosol dan sentuhan
* Pemberian antibiotik

MASTITIS

* Mutu kebersihan sangkar
* Kelenjar susu bengkak
* Rawatan dengan penicillin
* Anak diberi susu gantian
* Singkir arnab yang tidak ekonomik (2 – 3 kelenjar susu rosak)

PNEUMONIA

o Penyebab:
o Pasteurella sp
o Klebsiella pneumoniae
o Bordetella bronchiseptica
o Ventilasi, sanitasi dan sarang yang kurang memuaskan
o Anorexia dan dyspnea
o Rawatan dengan oxytetracycline @ penicillin

CONJUNCTIVITIS

* Pada jantan dewasa dan anak
* Penyebab Staphylococcus aureus @ P.multocida
* Rawatan dengan antibiotik ointment
* Kes selalu berulang

ENTEROTOXAEMIA

* Penyebab Clostridium spiroforme
* Diarrhea
* Arnab berumur 4 – 8 minggu
* Tanda klinikal:
o Lemah, bulu kusut dan perut/ekor kotor
o Mati dalam 48 jam
o Usus dipenuhi cecair, dinding usus merah

MUCOID ENTEROPATHY

* Diarrhea pada semua peringkat umur
* Tanda klinikal:
o Najis diselaputi mukus, dehydration dan bulu kusut
o Constipation dan impaction pada cecum
o Bersifat kronik

TYZZER’S DISEASE

* Penyebab Bacillus piliformis
* Kematian arnab berumur 6 – 12 minggu
* Jangkitan secara oral (pencemaran)
* Tanda klinikal:
o Diarrhea, anorexia, dehydration dan kematian dalam 3 hari
o Necrotic enteritis

SALMONELLOSIS

* Penyebab Salmonella typhimurium
* Jarang berlaku, tidak penting
* Berkaitan kebersihan sangkar

JANGKITAN PARASIT


* Dermatophytosis
* Coccidiosis
* Tapeworm infection
* Mite infestation

DERMATOPHYTOSIS

* Jarang berlaku, tidak penting
* Pada kepala dan keseluruh badan
* Corak bulat, merah dan berkapsul
* Penyebab Trichophyton mentagrophytes
* Asingkan arnab yang dijangkiti
* Gunakan sulphur di kotak sarang dan iodine untuk sapuan

COCCIDIOSIS

* Penyebab
o Eimeria stiedae (hepatic)
o Eimeria magma, E. irresidua (usus)
* Yang sembuh jadi pembawa
* Jangkitan secara oral (pencemaran)
* Rawatan guna Coccidiostat dan disinfektan
* Tanda klinikal:
o Kematian tinggi, diarrhea, enteric lesion

PENYAKIT BUKAN INFEKSI


* Moist dermatitis
* Cannibalism
* Hair chewing/hairballs
* Heat exhaustion
* Broken back
* Pregnancy toxaemia
* Dystocia
* Ulcerative pododermatitis
* Dental malocclusion
* Hydrocephalus

MOIST DERMATITIS

* Kulit basah ketika minum
* Mungkin kerana paip tidak sempurna, masalah gigi, sangkar kotor
* Rawatan:
o Gunting bulu
o Guna antiseptic powder
o Antibiotik bagi kes teruk

CANNIBALISM

* Ibu makan anak di sarang
* Akibat gangguan @ kurang makanan
* Singkir ibu yang bermasalah

HAIR CHEWING DAN HAIRBALLS

* Gumpalan bulu tersekat dalam perut
* Arnab jadi anorexia, kurus dan mati dal 3 – 4 minggu kemudian
* Cegah dengan beri makanan berfiber
* Tambah magnesium oxide dalam makanan

HEAT EXHAUSTION

* Ventilasi buruk menyebabkan kematian
* Pencegahan:
o Pengudaraan yang baik sewaktu dalam perjalanan, binaan bangunan dan bekalan air bersih
o Stok ternakan

ULCERATIVE PODODERMATITIS

* Sore hocks
* Akibat tekanan berat badan, lantai sangkar kasar
* Rawatan:
o Alas lantai
o Biak baka sederhana berat
o Jaga kebersihan lantai
o Iodine untuk sapuan

DENTAL MALOCCLUSION

* Kerosakan gigi
* Kesan dari:
o Suka gigit sangkar
o Pertumbuhan abnormal
* Arnab kurus sebab sukar makan
* Gigi dipotong tetapi selalunya berulang
* Singkir arnab bermasalah






 BLOG RBT RABBITSTORE


Assalamualaikum dan salam sejahtera bagi pengunjung-pengunjung blog ini. Blog ini diwujudkan bagi melaksanakan satu kerja kursus dalam subjek RBT 3110 (Perniagaan Dan Keusahawanan) dimana kami diminta untuk membuat satu laman web berasaskan blog untuk menjual apa-apa jenis produk. Produk yang kami bawakan disini ialah Arnab Ternakan dan Peliharaan.






Selamat Datang Ke RBT RABBIT STORE :)

(X)