American Chinchilla + Silver Fox
Negara asal: France. Baka yang mempunyai bulu yang terbaik . Lebat dan halus 1 1/4 ” panjang . Licin dan berkilat. Bulu di bahagian bawah selalunya biru, bahagian tengah kelabu mutiara, menjurus ke warna putih dan hujung berwarna hitam. Bulu panjang dan hitam. Berbadan bulat. Juga dikenali sebagai “Heavyweight Chinchilla”. Berat 9-12 lbs. Berat Chinchilla gergasi ialah 12-16 lbs, manakala berat Chinchilla yang standard ialah 5-7 1/2 lbs. Haiwan kesayangan yang baik.
HARGA: RM 200
HARGA: RM 200
Negara asal: Austria. Tegap. Berat 8-12 lbs. 2 warna – Biru Vienna dengan warna gelap biru di bahagian atas, & cerah di bahagian bawah cerah & putih Vienna.
HARGA: RM 150
Beveren White
Negara asal: Beveren, Belgium. Pengeluar daging dan bulu. Salah satu arnab besar yang mengeluarkan bulu. Berwarna cerah biru “lavender”, putih, berkilat, hitam dengan biru gelap sebagai latarbelakang, perang & ungu lembut. Ada juga jenis yang jarang didapati yang dipanggil Pointed Beveren warna sama tapi warna puith dihujung bulu. Ciri yang ketara untuk bulu warna putih ialah mata birunya. Badan jenis “Mandolin ” . Haiwan kesayangan yang paling sesuai untuk kanak-kanak kecil. Anggaran berat 8-12 lbs.
Silver Fox
Negara asal: Ohio. Hitam berkilat dengan warna perak. Baka daging yang diminati. Peratus daging yang tinggi selepas diproses. Salah satu baka yang popular dengan bulunya. Luarbiasa panjang, lebat dan warna perak yang serata. Bulu lebih panjang jika dibandingkan dengan bulu baka arnab komersial yang biasa; bulu yang lebih halus. Berat 9 -12 lbs. Lemah lembut. Baka yang mudah dipelihara. Ibu yang cemerlang. Boleh sesuaikan diri dengan semua cuacaDikenali sebagai “Silver Fox” di England. (tidak sama dengan “Silver Fox” di America) Hitam, biru, cokelat, sabel dengan hujung warna perak dari perut hingga ke tepi dan punggung kecuali bahagian belakang. Berat 6-9 1/2 lbs.
English Spot
Pada asalnya ianya mirip kepada Checkered Giant. White rabbit yang mempunyai hidung rama-rama yang berwarna, tanda berantai, pipi bertompok, telinga berwarna & jaluran “herringbone” biru, “tortoiseshell” berwarna hitam, keemasan, ungu lembut, kelabu atau cokelat. Juga dipanggil “Lapin Papillon Angalias” di Perancis atau arnab rama-rama Inggeris kerana hidungnya berbentuk rama-rama . Berbadan panjang dan melengkung. Cepat membesar, dan pengeluaran daging selepas diproses tinggi pada peringkat yang muda. Berat 5-8 lbs.
Holland Loop
Kacukan diantara Dwarf – French Lop x English Lop. Berbulu pendik, Berotot berat. Berat < 4 lbs. Kaki pendek, tebal, lurus dan tulang berat jika dibandingkan dengan saiznya. Baka yang terbaik
Anggora
Negara asal: Ankara, Turkey. 4 jenis. English, French, Satin & Giant. Baka tulin Giant Angora berwarna putih. Mata merah delima. Serba boleh. Berat > 9 1/2 lbs dengan bulu yang lembut, halus, “Guard hairs” yang tegang dan lurus dengan fluff yang berketak dengan “guard tip” di celah-celah.Salah satu baka yang paling cantik tetapi kurang popular diantara Baka Angora . Pengeluar bulu seperti sutera dan berkilat. Berat 6 1/2- 9 1/2 lbs.
Nk tanye kalau arnab beveren..dia minum mcm mane ek??saye jumpe dpn rumah..X tau dia minum mcm mane...saye bagi dlm botol biasa mcm arnab lain..tapi..dia x nk minum..sedih saye..
ReplyDeleteNk tanye kalau arnab beveren..dia minum mcm mane ek??saye jumpe dpn rumah..X tau dia minum mcm mane...saye bagi dlm botol biasa mcm arnab lain..tapi..dia x nk minum..sedih saye..
ReplyDeletePlease reply
ReplyDelete